NADI eSukan LMS - Pengurusan Konflik Dalam Pasukan E-Sukan
11 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 10 April 2026, telah berlangsung NADI eSukan LMS - NADI eSukan LMS - Pengurusan Konflik Dalam Pasukan E-Sukan. Program ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 09:30 pagi sehingga pukul 10:30 pagi. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang program ini berlangsung, peserta memahami maksud konflik dalam pasukan iaitu perbezaan pendapat antara pemain, salah faham dalam komunikasi, ketidakpuasan hari terhadap keputusan, berlaku dalam dan luar permainan dan jika tidak dikawal boleh jadi lebih serius. Selain itu, peserta memahami punca konflik dalam eSukan iaitu kurang komunikasi jelas, ego dan sikap individu, tekanan untuk menang, perbezaan gaya bermain dan kurang kepercayaan dalam pasukan. Antara lain, peserta memahami kesan konflik terhadap pasukan seperti hilang fokus semasa perlawanan, komunikasi menjadi negatif, kerjasama pasukan morosot, prestasi keseluruhan menurun dan suasana pasukan menjadi tegang. Akhir sekali, peserta memahami tanda-tanda konflik, contohnya kurang komunikasi antara pemain, nada percakapan berubah negatif, tidak ikut arahan pasukan, menyalahkan antara satu sama lain dan kurang semangat berpasukan.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran komunikasi antara peserta, melatih semangat kerjasama antara pasukan dan membina hubungan baik diantara pihak pengurusan NADI dan komuniti. Selain itu, dapat menggalakan pelajar mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: