MAHIR Prompt AI_intake 1 - sesi 1_1 (beginner)
16 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 15 Julai 2026, telah berlangsung NADI MAHIR Masak intake 4 – sesi 1. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 2.30 petang sehingga pukul 4.30 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, Guru MAHIR Prompt AI iaitu En Afiq Azmi menerangkan secara asas apa itu AI dan fungsi AI dalam kehidupan manusia. En Afiq memberikan beberapa contoh aplikasi AI yang selalu digunakan iaitu ChatGPT dan Gemini. En. Afiq juga menerangkan cara untuk mendapatkan hasil yang tepat apabila kita hendak menggunakan AI untuk melakukan sesuatu tugasan. Prompting iaitu arahan yang tepat serta teliti kepada AI akan membolehkan kita mendapat hasil yang kita mahu. Kemudian, cikgu MAHIR membincangkan topik-topik akan datang yang akan diajar.
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat membantu peserta menyelesaikan tugasan harian dengan lebih pantas serta efektif. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: