NADI MAHIR Foto intake 4 – sesi 1_2
20 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 20 Julai 2026, telah berlangsung NADI MAHIR Foto intake 4 – sesi 1 Modul 2. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 09.30 pagi sehingga pukul 11.00 pagi. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung,Guru MAHIR memberi pengenalan kepada fotografi serta sejarah bermulanya seni fotografi. Guru MAHIR menerangkan fungsi fotografi iaitu untuk dokumentasi, menunjukkan info, seni dan untuk komersial. GURU MAHIR Foto iaitu Cikgu Pena juga menunjukkan jenis-jenis kamera dan evolusi kamera dari zaman dahulu sehingga sekarang.
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat membantu peserta mengambil gambar yang lebih baik serta dapat menggunakan ilmu tersebut untuk menambah pendapatan menjadi part time fotografer. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: