MAHIR Prompt AI_intake 1 - sesi 1 Modul 2 (beginner)
22 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 22 Julai 2026, telah berlangsung NADI MAHIR Masak intake 4 – sesi 1 Modul 2. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 2.30 petang sehingga pukul 4.30 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, Guru MAHIR Prompt AI iaitu En Afiq Azmi menerangkan secara asas tentang kelebihan dan kekurangan menggunakan AI. EN Afiq memberikan beberapa contoh aplikasi AI yang selalu digunakan iaitu ChatGPT dan Gemini. En. Afiq juga menerangkan cara untuk menghasilkan poster pemasaran dan juga ayat copywriting dengan meminta bantuan AI untuk menjanakan ayat yang lengkap. Prompting iaitu menggunakan AI Gemini dan ChatGPT bagi menghasilkan imej yang kita mahu dalam pemasaran produk. Imej yang dihasilkan oleh AI menggunakan gabungan Imej yang dimuat naik. En Afiq juga memberi tunjuk ajar menggunakan Google Flow bagi menjana video pemasaran dengan memberi arahan kepada AI mengikut format yang betul akan menghasilkan video yang menarik dan mempunyai isi kandungan yang tepat.
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat membantu peserta menyelesaikan tugasan harian dengan lebih pantas serta efektif. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: