DiLea Webinar Berkala SN Edisi 1
4 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 03 Januari 2026, telah berlangsung DiLea Webinar Berkala SN Edisi 1. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 02:30 petang sehingga pukul 04:30 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, pelajar belajar mengenai organ-organ respirasi seperti kapilari darah, lubang hidung, ronggga hidung dan sebagainya. Selain itu, pelajar belajar mengenai pernafasan dan pertukaran gas seperti tarikan nafas, dan hembusan nafas. Seterusnya, pelajar belajar mengenai tarikan nafas dan hembusan nafas serta bahagian badan yang terlibat. Antara lain, Pelajar belajar mengenai pergerakan dan pertukaran oksigen dan karbodioksida di dalam badan manusia. Akhir sekali, pelajar menjawap soalan yang disediakan.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran subjek Sains para pelajar. Seterusnya, dapat menggalakkan pelajar mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: