NADI eSukan LMS - Pengenalan E-Sukan Daripada Hobi Kepada Program Kompetitif Berstruktur
10 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 09 Januari 2026, telah Pengenalan E-Sukan Daripada Hobi Kepada Program Kompetitif Berstruktur. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 09:30 pagi sehingga pukul 10:30 pagi. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, peserta menonton pengenalan kepada E-Sukan Daripada Hobi Kepada Program Kompetitif Berstruktur. Seterusnya, peserta memahami maksud eSukan iaitu merujuk kepada permainan video yang dimainkan secara kompetitif dan terancang. Selain itu, peserta mengetahui salah faham tentang eSukan iaitu sering dianggap sebagai aktiviti bermain game tanpa usaha atau disiplin, kemenangan dalam eSukan bergantung kepada nasib semata-mata, pemain eSukan berdepan tekanan dan cabaran yang tinggi dan salah faham wujud kerana kurang pendedahan terhadap dunia eSukan sebenar. Akhir sekali, peserta mengetahui perbezaan diantara casual gaming dan competitive eSports iaitu casual gaming dimaikan untuk hiburan dan mengisi masa lapang, competitive eSports memerlukan jadual latihan dan perlawanan, pemain kompetitif perlu mengikut jadual atau komitmen tetap, setiap pemain bertanggungjawap terhadap prestasi pasukan dan eSukan menuntut komitmen dan disiplin yang konsisten.
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran komunikasi antara peserta, melatih semangat kerjasama antara pasukan dan membina hubungan baik diantara pihak pengurusan NADI dan komuniti. Selain itu, dapat menggalakan pelajar mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: